BicaraTentangHati

BicaraTentangHati
#crnb#

Sunday, 22 December 2013

Wanita itu unik


Wanita sukar difahami. Itulah yang sering kita dengar dan baca. Sikapnya yang ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Hendak ditanya, pasti dia tidak akan mengaku begitu sahaja.
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini

Ya, wanita, sukar difahami. Hanya lelaki yang benar-benar memahami fitrah penciptaan wanita yang bisa mengetahui isi hati seorang wanita tanpa perlu wanita itu menuturkannya. Suatu hari, aku ada membaca sebuah blog, namanya 'Blog cikgu Hairul'. Aku rasa cikgu hairul dah berkeluarga, dia bercerita tentang sifat pelik isterinya, dalam kata lain, sifat wanita yang sukar difahami. Antara yang dia tuliskan;
.............."Wanita solehah idaman setiap lelaki. Para lelaki pulak kena sedar diri. Kalau subuh pun tak solat, jangan harap nak dapat isteri solehah. Sesolehah manapun isteri tu, masih juga ada yang sukar difahami. Dah nama pun wanita. Perangai pelik dan memeningkan lelaki.
Peliknya No 1. Suka tanya benda sama banyak kali lagi-lagi tanya bab sayang. Kan pelik tu. Dulu isteri pernah tanya ‘abang sayang kat kita tak?’ dah tentu la jawapannya sayang. Pastu tanya lagi, lagi dan lagi. Ni yang buat lelaki tak faham ni.Rupa-rupanya itulah sifat wanita. Tak payah nak marah. Tak payah nak pelik. Jawab je la. Ikut kajian DMFK, wanita memerlukan 8 kali kata sayang dari suami sehari. Baru mereka puas hati. Ada juga betulnya. Pada lelaki, cukuplah cakap sekali sekala je. Sayang tak perlu diucap berkali-kali. Kerana kata-kata itu amat bermakna.
Peliknya 2. Bila bertanya mesti dah ada skema jawapan. Ni lagi satu perangai yang buat lelaki pening. Sebab tu la bila ditanya lelaki suka buat bodo je. Jawab bila perlu. Sebab kita tau, isteri memang dah ada jawapan untuk itu. Kalau jawapan tak memenuhi skema mula la membebel sepanjang hari.Situasi yang lagi teruk bila kita jawab soalan isteri tapi dia tak percaya jawapan kita. Mungkin juga tak sama macam skema jawapannya. Nak cakap benda yang betul dia tak nak percaya. Bila kita menipu, wahhh melenting pulak. Marah la pulak bila kena tipu.
Kesimpulannya, wanita itu memang pelik. Wanita pelik untuk lelaki pelik. Pelikkah aku?"................
quoted from, BLOG CIKGU HAIRUL.

Friday, 27 April 2012

DECLARATION OF MALAYA INDEPENDENCE


ڤماشهورن كمرديكأن
دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مڠاسيهاني، سڬالا ڤوجي باڬي الله يڠ مها بركواس دان صلوات دان سلام ك اتس سكالين رسول-ڽ.
بهاواسڽ كران تله تيباله ماسڽ باڬي اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو اين منچاڤأي تارف سواتو بڠسا يڠ مرديك لاڬي بردولت سام ستيمڤل كدودوكنڽ دڠن سڬالا بڠسا سلوروه دنيا.
دان بهاواسڽ كران دڠن ڤرجنجين يڠ دسبوت نامڽ ڤرجنجين تانه ملايو تاهون 1957 يڠ دڤربوات انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، مك، تله دڤرستوجوي بهاوا نڬري-نڬري ملايو، ايايت جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، دان ڤراق سرتا نڬري يڠ دهولوڽ ديناماكن نڬري سلت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، مولاي 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957، هندقله منجادي سبواه ڤرسكوتوان بهارو باڬي نڬري-نڬري يڠ برنام ڤرسكوتوان تانه ملايو.
دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق دالم ڤرجنجين ترسبوت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ هندقله درڤد تاريخ ترسبوت ايت تمت درڤد منجادي سباهاڬين درڤد ججاهن تعلوق بڬيندا قوين، دان دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين تيدق لاڬي برحق منجالنكن اڤا٢ كدولتن بڬيندا ك اتس كدوا-دوا بواه نڬري يڠ ترسبوت ايت.
دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق يڠ ترسبوت، ايايت ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1948، دان سڬالا ڤرانجين يڠ لاين يڠ اد سكارڠ انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج اتاوڤون ساله سأورڠ درڤد بڬيندا ايت سبلوم تاريخ يڠ ترسبوت هندقله دبطلكن مولاي درڤد تاريخ ايت، دان سموا كوات كواس دان حق دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين اتاوڤون ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دالم نڬري-نڬري سلت اتاوڤون ڤرسكوتوان تانه ملايو سلوروهنڽ اداله تمت دڠن سنديريڽ.
دان بهاواسڽ كران دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين، دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دان مجليس-مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان دان نڬري-نڬري ملايو تله ملولوسكنڽ، ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1957 ايت برجالن كوات كواساڽ.
دان بهاواسڽ كران سواتو ڤرلمباڬان باڬي كراجأن ڤرسكوتوان تانه ملايو تله دتنتوكن منجادي سواتو كانون يڠ معتمد باڬيڽ.
دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت، مك، اد دسدياكن شرط اونتوق منجاڬ كسلامتن حق-حق دان كاوتامأن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج سرتا حق-حق اساسي دان كبيبسن سكالين رعيت دان اونتوق مماجوكن ڤرسكوتوان تانه ملايو دڠن امان دان داماي سرتا تراتور سباڬاي سبواه كراجأن يڠ ممڤوڽاءي راج يڠ برڤرلمباڬان يڠ برداسركن ديموكراسي چارا ڤرليمين.
دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ داداكن اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت تله دلولوسكن اوليه سواتو اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكه اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان سرتا دڠن اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكن اوليه نڬري-نڬري ملايو دان دڠن كتتڤن-كتتڤن دالم مجليس اوندڠن نڬري ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، دڠن دمكين ڤرلمباڬان ايت تله برجالن كوات كواساڽ ڤد 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957.
مك، دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها مڠاسيهاني، ساي تونكو عبدالرحمن ڤوترا ابن المرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شه، ڤردان منتري باڬي ڤرسكوتوان تانه ملايو، دڠن ڤرستوجوان دان ڤركنن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج نڬري-نڬري ملايو دڠن اين ممشهوركن دان مڠيشتهاركن باڬي ڤيهق اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو بهاوا مولاي تيڬ ڤولوه ساتو هاري بولن اوڬوس تاهون سريبو سمبيلن راتوس ليما ڤولوه توجوه، مك ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ مڠاندوڠي نڬري جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، ڤراق، ملاك دان ڤولاو ڤينڠ دڠن ليمڤه رحمة الله سبحانه وا تاءالا اكن ككال منجادي سبواه نڬارا يڠ مرديك دان بردولت سرتا برداسركن كبيبسن دان كعاديلن دان سنتياس منجاڬ دان مڠوتاماكن كسجهترأن دان كسنتوسان رعيتڽ دان مڠكلكن كامانن انتارا سڬالا بڠسا.


Pemasyhuran Kemerdekaan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dansemua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu 

dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa. 



persoalan gua kepada ayat yg gua hitamkan itu....

APA DIA PERJANJIAN ANTARA PARLIMEN BRITISH, QUEEN, RAJA MELAYU, DAN UMNO APCO MENGENAI KEMERDEKAAN TANAH MELAYU?

APA YG CUBA DI SOROKKAN SELAMA INI? PERJANJIAN APA? YG SULIT ITU?

KENAPA PERLEMBAGAAN BRITISH ADALAH MUKTAMAD DAN DI PERSETUJUI OLEH BANGSAWAN BANGSAWAN MELAYU YG MENGAKU ISLAM INI?

DI MANAKAH SIFAT KEISLAMAN MEREKA SELAMA ITU?

KENAPA SIAPA YG MENENTANG BRITISH DI ANGGAP OLEH KAUM BANGSAWAN INI SEBAGAI PENGKIANAT TANAH MELAYU?

KENAPA SIAPA YG BERSETONGKOL DALAM PERJANJIAN SULIT YG SEHINGGA KINI TIDAK DI KETAHUI APAKAH IA DI ANGGAP SEBAGAI HERO DAN PERWIRA?

DI MANAKAH SEJARAH SEBENARNYA? KENAPAKAH BANGSAWAN HARBI INI MENUTUP SEJARAH YG SEBENAR?

ANAK MUDA HARI INI MENDAMBAKAN KEBENARAN BERKENAAN FAKTA SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU..

MEREKA MENCARI ERTI SEBUAH PERJUANGAN PEMBEBASAN TANAH AIR INI.. YG MANA DI KETAHUI BAHAWA TIADA SEBUTIR PELURU PUN YG DI LEPASKAN OLEH GEROMBOLAN2 BANGSAWAN YG BERTINDAK SEBAGAI ANJING PADA PENJAJAH INI DALAM MEMERDEKAKAN TANAH AIR YG TERCINTA INI..

KEMANAKAH LIPATAN SEJARAH YG SEBENAR?KENAPA IANYA DI TUTUP RAPAT?

APAKAH DGN MENUTUP RAPAT SEGALA FAKTA KEMERDEKAAN BAGI NEGARA INI AKAN MENYELAMATKAN SEBAHAGIAN DARI PERILAKU KAUM BANGSAWAN INI?

TERLALU BANYAK RAHSIA DI RAHSIAKAN KEPADA GENERASI TERDAHULU..TETAPI GENERASI MUDA MASA KINI HAUSKAN SEGALA KEBENARAN..


ANAK ANAK MUDA SEMUA.. TIDAK KIRA BERADA DI BANDAR, KAMPUNG, FELDA..CARI LAH SEJARAH ITU, KERANA DGN HANYA SEJARAH KEBENARAN SAHAJA LU ORG BOLEH MENGENAL BANGSA LU ORG SELAMA INI..

Thursday, 26 April 2012

Aku Yang Akan Kau Kahwini Adalah Wanita Biasa




Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.

Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bunda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..


Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti
–insya’Allah-.

Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana…


Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan karena ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,

maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..


Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.

Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,

tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah..

Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Maafkan aku karena aku bukan putri..
Aku hanya wanita biasa….
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA…..
semoga kita bisa sama-sama bahagia…

4 Rayuan Isteri Kepada Suami.

=)


Assalamualaikum wbt..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

” Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu.”

Anda suami? Sila baca rayuan hati isteri ini. Kalau tak dapat tunai semua, jangan tinggal semua..hehehe

Mana la mr.hubby ni, Yannnnng oo Yannnnng, meh la baca nie haa, bagus untuk kesihatan..muahahaaaa

Suami ~~
Panggillah isterimu dengan panggilan yang manja, kerana panggilan manja itu memberi kesan yang mendalam di hati isteri. Sekaligus mendatangkan rasa cinta dan hormat kerana panggilan tersebut menggambarkan betapa mesranya hubungan suami isteri ~~ (^____^). Panggilan apa saja…asalkan isteri anda sukeeee.. ? ~~

Suami ~~
Selalu-selalulah bawa balik buah tangan untuk isterimu yang sedang menunggu di rumahmu. Bawalah buah tangan seperti coklat, buah-buahan, pakaian, dan sebagainya. Isteri yang baik pasti menerimanya dengan hati yang amat gembira dan menghargainya ~~ (^___^) …

Suami ~~
Jadilah kekasih yang memahami dan mengerti sifat-sifat kewanitaan isterimu serta menolong isterimu di dalam kesusahan, kesakitan dan kerinduan. ~~ (^_~)

Suami~~
Sekali sekala bawalah isterimu pergi berjalan-jalan untuk hiburkan hatinya. Ia cukup untuk meringankan bebanan perasaan dan juga keletihan yang di tanggungnya dalam menguruskan rumahtangga. ~~ (^_^) …

Renung-renungkan & Selamat beramal.

Wahai Adam





~✿..Wahai kaum adam..tidak usah diharapkan wanita berpurdah, bertudung bulat untuk menjadi isterimu, di matamu mereka sempurna, tanpa ada sedikit pun cela...namun, ambillah wanita yang pada PANDANGANMU BIASA, jadikan mereka wanita yang hebat, sesungguhnya di dalam diri setiap wanita itu ada 'SOLEHAHNYA'..✿~

>>> Yang tersembunyi tu MAHAL HARGANYA..namun yang tidak tersembunyi juga BUKAN MURAH..♥♥

p/s : "Bila dia praktik agama dengan cuns, muka tak cuns mmg takkan nampak cuns tapi akan rasa TENANG gitu bila tengok.."
 

Friday, 20 April 2012

~*:: Bercinta Sampai Ke Syurga ::*~

¸.•♥⊱Untukmu...muslimah ku syang..^___^**

♥Perempuan yg suci...
Adalah perempuan yg dijaga oleh Allah♥
Tak sedikit pun Allah benarkan
Mana2 lelaki ajnabi yg fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…

♥Tetapi andai kita bergelumang
Dgn cinta lelaki yg palsu imannya
Di mana Allah♥ utk menjaga kita..?
Allah seakan melepaskan kita
Kpd seorang manusia
Yg lebih banyak mengecewakan kita..

♥Jika Allah♥ datangkan kesedaran dlm diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yg munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Utk dijagaNya dan dilindungi…♥

♥ ✿ •*¨`*• Subhanallah, سبحان الله. . ♥ ✿ •*¨`*•

*Ya Allah lindungi die..yg menyentoh ati ku dgn doa...






~*:: Bercinta Sampai Ke Syurga ::*~



(¯`v´¯)¸

`•.¸.•❤•..•♥ Assalamu'alaikum wr wb ♥¸.•❤•.. 
♥♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥



♥ DOA Utkmu.. Muslimah ku yg cantek.. ♥



¸.•❤ Ya Allah..

♥Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan pdnya maka..
Jadikan keindahan hati dan akhlaknya melampaui kecantikan wajahnya .

♥Engkau telah sentuh hatinya utk menutup auratnya maka..
Jadikan penutup auratnya memperindah cahaya aura taqwanya .

♥Engkau telah indahkan senyumnya maka..
Jadikan senyumnya selalu terkembang utk menghiasi rumah tangganya.

♥Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pd akal budinya..
maka jadikan akalnya meninggikan darjatnya.

♥Engkau telah tanamkan iman dan taqwa ke dlm hatinya.... 
maka jadikan keimanan dan ketaqwaan yg istiqomah mnjdi jiwa kecantikannya .

♥Jadikanlah jiwa raga dan kalbunya menjadi wanita solehah.
Sandingkan lelaki soleh menjadi suaminya.

♥Jadikanlah keluarganya keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah ..
Jadikanlah akhir hidupnya kembali pada-MU dgn khusnull khotimah..

•.¸¸❤¸¸.•*Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin….•.¸¸❤¸¸.•*