BicaraTentangHati

BicaraTentangHati
#crnb#

Thursday 26 April 2012

4 Rayuan Isteri Kepada Suami.

=)


Assalamualaikum wbt..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

” Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu.”

Anda suami? Sila baca rayuan hati isteri ini. Kalau tak dapat tunai semua, jangan tinggal semua..hehehe

Mana la mr.hubby ni, Yannnnng oo Yannnnng, meh la baca nie haa, bagus untuk kesihatan..muahahaaaa

Suami ~~
Panggillah isterimu dengan panggilan yang manja, kerana panggilan manja itu memberi kesan yang mendalam di hati isteri. Sekaligus mendatangkan rasa cinta dan hormat kerana panggilan tersebut menggambarkan betapa mesranya hubungan suami isteri ~~ (^____^). Panggilan apa saja…asalkan isteri anda sukeeee.. ? ~~

Suami ~~
Selalu-selalulah bawa balik buah tangan untuk isterimu yang sedang menunggu di rumahmu. Bawalah buah tangan seperti coklat, buah-buahan, pakaian, dan sebagainya. Isteri yang baik pasti menerimanya dengan hati yang amat gembira dan menghargainya ~~ (^___^) …

Suami ~~
Jadilah kekasih yang memahami dan mengerti sifat-sifat kewanitaan isterimu serta menolong isterimu di dalam kesusahan, kesakitan dan kerinduan. ~~ (^_~)

Suami~~
Sekali sekala bawalah isterimu pergi berjalan-jalan untuk hiburkan hatinya. Ia cukup untuk meringankan bebanan perasaan dan juga keletihan yang di tanggungnya dalam menguruskan rumahtangga. ~~ (^_^) …

Renung-renungkan & Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment